Wednesday, 5 August 2015

Cold-Hearted

Assalammualaikum and hi!


Si kakak sudah bersiap dengan baju sejuk, skarf leher, penutup kepala ala ala santa claus dan kasut but. Si adik lelaki yang berdiri depan tingkap memerhati dunia luar sudah diselubungi butiran partikel halus bernama salji.

'Dek, jomlah. Tunggu apa lagi?' Ajak si kakak. 

Si adik yang berumur 10 tahun mengikut kakaknya keluar. Sejurus pintu dibuka, angin sejuk menerpa wajah mereka. Pantas mereka memeluk diri sendiri. Si kakak sudah melangkah keluar. Adik pula terus menutup pintu.

'Eh? Kenapa tutup pulak?' Soal si kakak dengan nada tegas.

Si adik memandang kakaknya dengan wajah serius. Lalu memeluk tubuh kecilnya dan kembali memandang si kakak yang kebingungan.

'Kak, apa kesan salji kat badan kita?' Soalnya.

Si kakak menggaru pipi tidak gatal. 'Mestilah sejuk cik adik oi!'

'Jadi salji ni boleh buat kita cold-hearted lah ya kak?' Soalnya lagi.

Si kakak terdiam lalu dia meninggalkan adiknya di rumah dan berlalu keluar. Si adik menggeleng kepala.

'Nampak sangat cold-hearted,' bisik si adik lalu membuka pintu dan mengejar kakaknya sudah jauh di hadapan.



Snow ciptaan Allah swt.
Snow rak buat orang cold hearted tapi orang tu sendiri prasan nak jadi cold hearted 
Daaaa~~~~

Malaysia takda salji tapi Icity ada.
No worry semua, kat Maysia semua ada.

Sunday, 2 August 2015

Salah Faham


Assalammualaikum and hi!

Aku membelek group whatsapp mengenai isu semasa. Mama pula di sebelah menonton televisyen, drama melayu romantik kot. Sesekali aku ketawa terkekek kekek dengan isu semasa yang diubah kronologi kisahnya dan sesekali aku berfikir akan kebenaran yang berlaku isu politik negara. Dan aku baru sedar bahawa tahun ini aku benar benar kenal beberapa orang besar dalam politik dek kerana kelainan dalam pemikiran pendapat dan cara memenangi isu. Aku ketawa dan geleng. 

Mama pula tiba tiba menyampuk, 'Orang muda sekarang, kalau dah suka, suka jugalah alamatnya.'

Aku mula memasang telinga. Mama beri komen pasal dramakah? Aku hanya diamkan sahaja terus menghadap skrin telefon bimbit. Jari mula membuka google mengenai isu hangat di ibu negara.

'Kalau orang jual mahal susah jugak, lamalah menyendiri,' mama menyambung lagi. Aku endahkan sahaja. Kenapa aku rasa macam ia dituju kat aku?

'Tapi tulah, sekarang susah nak cari orang baik baik. Hurm.' Aku mendongak.

Mama menoleh memandang aku. 'Aik, hang terasa ka?' Mama menegur.

Aku memandang mama pula. 'Eh, dak akak tengok jam pukul berapa sekarang.Kenapa ma?' Jawabku selamba. Betul. Kebetulan pula mama duduk benar benar tepat ke arah aku tengok jam dinding.




Konklusinya, jangan salah faham. Jangan bikin rekaan untuk publisiti. Jangan menunjukkan diri tidak cerdik. 
Little Dongeng Berangan Setorie.
Jaa dee!

Thursday, 11 June 2015

Allah Allah Allah

Assalammualaikum!

Harini aku duduk termenung, fikir apa kelemahan aku? Apa kelebihan aku? Macam mana aku nak transform kekurangan jadi kelebihan? Dan bagaimana kelebihan yang ada digunakan untuk menjadi orang lebih berguna?

Bila difikir, kelemahan aku banyak sangat dari kelebihan. Apatah lagi aku rasa macam lemah di sisi Allah swt. Iman masih goyah. Ibadah aku rasa macam belum puas hati dengan pencapaian. Aku memandang luar tingkap.

Banyak perkara aku fikir. Apa yang aku akan jadi pada masa depan? Siapakah aku di masa depan? Adakah aku akan jumpa lelaki soleh yang dapat bimbing ku dengan agama? Aku mula bersoal sendiri.

Dan aku selalu fikir, adakah penghijrahan aku kerana Allah? Aku mula garu pipi yang tidak gatal. Adakah aku dapat jadi hamba yang bertakwa? Bila diingatkan aku banyak buat dosa.Layakkah? Bertaubat tapi buat dosa lagi. Aku rasa kesian kat diri aku. Allah bagi peluang kat aku. Aku kadang terleka.

Bila dengar bacaan Al Quran. Aku jadi sedih, walaupun aku tak faham pun maksudnya. Tapi, aku ingin jadi seorang yang pencinta Al Quran. Aku nak perbaiki bacaan aku. Tapi aku malu dan tak tahu nak cari siapa. Jika aku lelaki ia takda masalah, tapi aku perempuan. Kebarangkalian mudir mudir adalah lelaki. Aku jadi lemah.

Banyak benda aku kena pebaiki diri. Sifat malas tu masih ada. Bila rajin jadi rajin sangat. Bila malas jangan disuruh buat apa. Mungkin aku akan terbaring bawah kipas saja. Merasakan diri tidak bertanggungjawab. Aku sendiri yang memilih begitu sebab diri aku ni masih goyah.

Bila kawan memuji aku seperti ustazah selalu kongsi mutiara kata, membantu kami. Aku terdiam. Aku mula fikir adakah aku ikhlas kerana Allah atau aku dahagakan pujian manusia?

Merasa diri kosong. Inilah yang paling aku tak suka!  Merindui saat aku dibelai kasih sayang Ilahi masa zaman kuliah. Aku merasakan diri aku tak seperti dahulu. Aku dapat rasakan perbezaannya. Sekarang aku rasa tiada apa apa. Ya Allah. Bagaimana nak tetapkan hati ini supaya sentiasa istiqamah? 

Menangis aku di atas sejadah. Menjadi rindu. Menjadi malu. Menjadi sedih tatkala diri seperti tin kosong. Betapa Allah sayangkan hambanya tapi kenapa masih terleka?
Aku berasa malu nak mendongak membayangkan Allah ada di depan. Takutnya.

Aku tak mahu fikir dunia! Aku tak mahu fikir cinta! Aku tak mahu terleka! Aku tak mahu dibuai nafsu! Aku tak mahu jadi ahli neraka! Aku tak mahu jadi hamba yang tak menghargai apa yag sudah ditentukan kepada aku!

Aku tersungkur atas sejadah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Bagilah hati ni rindu padaMu. Bagilah hati ni rindu Rasulullah Mu. Bagilah hati ini rindu kebaikan. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.


I hope Allah give us Tawfiq and have a strentgh to do the things that pkease Him.
Aminn.

#sharetheheartloveAllah

Syukran ^^







Wednesday, 10 June 2015

Persahabatan Adalah Cinta

Assalammualaikum!


Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Lima helai baju sudah kucuba. Tapi tiada yang berkenan untuk dipakai ke majlis perkahwinan sahabat kami di kampung seberang. Kawanku sudah menunggu di ruangan depan. Akhirnya, aku dah buntu. Aku membawa kelima helai baju tersebut ke ruang depan.

'Tolong sat, aku tak taw nak pakai baju apa ni! Which one is better?' Soalku.

Pemuda yang berjanggut kecil itu mendongak. 

'Pakai ajerlah yang mana pun, bukan kau nak pergi kahwin pun,'jawabnya. Aku memuncungkan bibir, menyesal tanya pendapat mamat seorang ni.

'Okay! Fine! Satgi kalau aku pakai pelik pelik jangan suruh aku tukar balik!' Balasku dengan nada keras sengaja. Pemuda tersebut menggeleng kepala lalu dia bangun dari duduknya dan menuju kearahku.

Baju yang dipegang diperhati. Aku mengjongket kening. 'Apa?'

'Baju ni semua lawa, tak padan dengan kau yang tak berapa nak lawa ni, susah aku nak buat keputusan,' katanya dengan lagak macho mengusap janggut kecil. Aku terbatuk kecil.

'Dia ni kan!'

'Pakai yang ini, dah pergi siap! Aku ni macam jadi suami kau dah! Semua kena tanya aku,' potongnya lalu kembali ke tempat duduknya.

Aku tersengih lalu berlari terkedek kedek menuju ke bilik. Mama pula berada di dapur buat mee aku rasa. Sepantas kilat aku bersiap.

'TARA!'

'Okay, jom gerak. Yang lain tunggu kat pekan, kita ambil diorang dulu,' ujarnya. Lalubaku bersalaman dengan mama.

Tidak sampai sepuluh minit, kami sudah tiba di pekan. Tiga orang kawan lagi masuk kedalam kereta. Mereka terdiam tengok kami berdua.

'Uit! Korang berdua ni berjanji ke pakai tema sama? Amboi, sejak bila ni?' Soal salah seorang sahabatku. Aku menoleh kebelakang. Lalu pandang baju yang kami berdua pakai.
Tiba tiba aku terasa malu. Kenapa lah tak perasan! Sahabat yang lain mula mengusik kami berdua. Tapi dia hanya berdiam diri. Hanya aku membalas usikan mereka dengan menafikan apa yang dikatakan kepada kami.

'Alaa, apa salahnya kalau dia bakal zaujah aku pun. Hari hari dia tanya aku nak masak apa walhal bukan duk serumah, tanya aku nak pakai baju apa, makan apa, semua benda dia tanya aku. So baik aku jadi zauj dia.'

Kami berempat terdiam. Memandang this guy berkata aku berfikir. Adakah dia serius? Betulkah aku buat semua tu? Sedar tapi cara dia cakap macam kerap sangat. Dia memandang aku.

'So?' 

Aku memgangkat kening. 'Hah?'

'Aku tanya mak kau, kalau minggu depan aku minang kau boleh ke tak. Mak kau suruh aku tanya kau. Kalau kau setuju, aku okay saja.'

Aku rasa macam nak menangis. Dia macam melamar aku pulak depan kawan kawan pulak. Malu, nak nanges semua ada!

'Kau buat lawak ke?' Soal salah seorang sahabatnya.

'Aku serius. Aku nak jadi penjaga dia, korang semua suka mengusik dia, lepas korang usik dia aku serang balik,' ujarnya dengan nada bergurau. Jadi, keadaan kembali normal. Mereka menganggap dia bergurau.

Sampai rumah kenduri. Tiga orang sahabat kami keluar dahulu. Dia mengikut bekakang lalu berjalan sebelah aku.

'Kau setuju tak?' Soalnya tiba tiba.

Terkejut aku dibuatnya. 'Err, sebelum tu sorry sebab aku dah susahkan kau selalu tanya macam macam. Errr... geram dengan diri sendir!' Ujarku perlahan.

'Hahahaha... aku gurau jerlah. Kau ni serius betul! Aku saja jer bagi diorang sentap. Asyik nak usik kita saja kan. Sekali aku cakap macam tu senyap terus. Hahahaha. Dah jom jom!' Katanya lalu ketawa dan meninggalkan aku dibelakang.

Aku terpaku. What? Dia bergurau? Serius ke dia bergurau. Ergh! Aku terkena. Tapi kenapa macam sedih pulak dia bergurau dengan aku. Takkan aku mengharapkan dia pula? Aku memandang dia dari jauh. Lalu tersenyum dan beristigfar.


Walaubagaimanapun. Dia tetap kawan aku.
Dia selalu pujuk aku bila alu sedih.
Dia selalu gembirakan aku.
Dia selalu jadi penasihat tak bertauliah.
Dia selalu jadi body guard aku.
Dan dia akan selalu jadi sahabat aku.

Syukran. It just a story.




Less Is More

Assalammualaikum.


'Lawanya depa, cer tengok,' ujarku lalu tunjuk gambar model mengena jubah muslimah kepada kawan sebelah.

Dia mengalih pandangannya kearah skrin telefon.

'Tak lawa pun.'

Tersentap gitu. Aku pandang balik gambar model tersebut. Apa yang tak lawa? Fikirku.

'Habis? Eh, tak fahamlah. Takkan diorang tak lawa kut? Are you normal?' Soalku tak puas hati dengan nada usikan.

Dia memegang janggut kecilnya. Lalu tersenyum. 'Aku rasa kau lawa lagi manis lagi daripada diorang ni.'

Aku mencebik. 'Memang kau tak normal dude!'

Dia memandang aku lagi.

'Yelah. Diorang ni pandai edit photo bagi lawa, light cukup banyak tutup habis pimples diorang. Mekap tebal bagi 3000° berubah, rimas aku tengok. Kau ni takla lawa mana pun buatlah di make up macam mana pun tetap sama saja, tak lawa pun...tapi banding kau dengan diorang kau tak pakai make up lebih lebih macam diorang. Aku tahu kau tempek bedak baby jer. So kira kau manislaa~~~ sebab wajah original.'

Aku terlopong.
'Tak sangka kawanku sorang ni dah dewasa. Alhamdulillah Ya Allah.'




       Less is More dearies.




Haram Hukumnya

Assalammualaikum!

Wajahnya bujur yang cantik kudekati, sebab sudah mahu keluar ke destinasi seterusnya. Aku mendekatinya dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

'Sorry, kita tak boleh salam. Haram hukumnya!' Ujarnya.

Aku tersentap.

'Kenapa haram pula?' Soalku dengan senyuman tenang. Aku mengagak dia cuba bergurau sebab masa dia cakap tadi dengan senyuman.

'Saya lelaki. Maaf.'

Aku terus berundur menjarakkan sedikit tubuh darinya. Takut bersentuhan. Haram? Tapi apa yang dia buat tu juga salah di sisi agama.

'Iyaka? Maaf saya pun tak tahu. Awak cantik sangat macam perempuan. Saya dah salah faham.'

Dia tersenyum. 'Awak nak hina saya kah?' Sinis katanya.

Hilang senyuman dibibirku.
'Bertaubatlah. Saya tak layak hina orang sebab saya pun hina juga. Banyak dosa.'

'Yerlah tu.' Dia memeluk tubuh. Kali ini sifatnya jauh beza. Bila nampak dia sudah tiada mood nak layan aku. Aku pun mohon diri untuk beredar.

'Eh. Awak! Tunggu jap!' Dia memanggil dengan suara garau, tiada lagi suara sopan santun. Sentap juga aku dibuatnya. Dengan berjubah merah dan selendang hitam dia mendekati aku.

'Kalau saya jadi lelaki semula. Awak rasa saya akan jumpa wanita yang terima saya? Saya jadi wanita sekarang tiada lelaki mahukan saya.saya buat semua ni kerana sukakan seorang ustaz. Tapi dia mengendahkan saya. Saya frust.Kalau saya kembali kepada Tuhan, saya akan jadi lelaki disukai ramai wanita?' Ujarnya dengan suara sopan santun.

Aku termenung sekejap, berfikir.

'Awak bertaubatlah. Dan jadi diri sendiri dan berhijrahlah kerana Allah bukan kerana manusia apatah lagi kerana dunia. Bila awak berhijrah kerana Allah. Awak akan jumpa yang awak sendiri tak sangka.Jadilah hamba disayangi Allah. Allah sedang uji awak ni. Tabahlah dan kembali ke pangkal jalan. Saya tak reti sangat nak cakap, tapi saya doakan awak menjadi seorang lelaki yang hatinya cintakan Allah swt. Keperibadian suka mencontohi Rasulullah saw.'

Pemuda tadi terdiam.

Aku pun tersenyum dan sekali lagi mengundur diri. Jantung penuh debar tiba tiba.

'Awak!'

Aku menoleh.

'Doakan saya satu hari nanti kita bertemu. Pada masa itu saya menjadi imam. Kamu salah seorang makmum saya.'

Aku terdiam. Pemuda itu mengangkat tangan lalu berlalu pergi dengan senyuman. Walaupun dia berpakaian perempuan dan cara jalan seperti lelaki. Aku tersenyum semoga dia tabah.


   Syukran. JAA DEE!!