Assalammualaikum!
Wajahnya bujur yang cantik kudekati, sebab sudah mahu keluar ke destinasi seterusnya. Aku mendekatinya dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
'Sorry, kita tak boleh salam. Haram hukumnya!' Ujarnya.
Aku tersentap.
'Kenapa haram pula?' Soalku dengan senyuman tenang. Aku mengagak dia cuba bergurau sebab masa dia cakap tadi dengan senyuman.
'Saya lelaki. Maaf.'
Aku terus berundur menjarakkan sedikit tubuh darinya. Takut bersentuhan. Haram? Tapi apa yang dia buat tu juga salah di sisi agama.
'Iyaka? Maaf saya pun tak tahu. Awak cantik sangat macam perempuan. Saya dah salah faham.'
Dia tersenyum. 'Awak nak hina saya kah?' Sinis katanya.
Hilang senyuman dibibirku.
'Bertaubatlah. Saya tak layak hina orang sebab saya pun hina juga. Banyak dosa.'
'Yerlah tu.' Dia memeluk tubuh. Kali ini sifatnya jauh beza. Bila nampak dia sudah tiada mood nak layan aku. Aku pun mohon diri untuk beredar.
'Eh. Awak! Tunggu jap!' Dia memanggil dengan suara garau, tiada lagi suara sopan santun. Sentap juga aku dibuatnya. Dengan berjubah merah dan selendang hitam dia mendekati aku.
'Kalau saya jadi lelaki semula. Awak rasa saya akan jumpa wanita yang terima saya? Saya jadi wanita sekarang tiada lelaki mahukan saya.saya buat semua ni kerana sukakan seorang ustaz. Tapi dia mengendahkan saya. Saya frust.Kalau saya kembali kepada Tuhan, saya akan jadi lelaki disukai ramai wanita?' Ujarnya dengan suara sopan santun.
Aku termenung sekejap, berfikir.
'Awak bertaubatlah. Dan jadi diri sendiri dan berhijrahlah kerana Allah bukan kerana manusia apatah lagi kerana dunia. Bila awak berhijrah kerana Allah. Awak akan jumpa yang awak sendiri tak sangka.Jadilah hamba disayangi Allah. Allah sedang uji awak ni. Tabahlah dan kembali ke pangkal jalan. Saya tak reti sangat nak cakap, tapi saya doakan awak menjadi seorang lelaki yang hatinya cintakan Allah swt. Keperibadian suka mencontohi Rasulullah saw.'
Pemuda tadi terdiam.
Aku pun tersenyum dan sekali lagi mengundur diri. Jantung penuh debar tiba tiba.
'Awak!'
Aku menoleh.
'Doakan saya satu hari nanti kita bertemu. Pada masa itu saya menjadi imam. Kamu salah seorang makmum saya.'
Aku terdiam. Pemuda itu mengangkat tangan lalu berlalu pergi dengan senyuman. Walaupun dia berpakaian perempuan dan cara jalan seperti lelaki. Aku tersenyum semoga dia tabah.
Syukran. JAA DEE!!

No comments:
Post a Comment